Gazet kawasan rayau ikut suku kaum

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia memberi kerjasama kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengazetkan kawasan rayau mengikut suku kaum Orang Asli.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, proses pewartaan tempat rayau Orang Asli mengambil masa kerana prosesnya agak lambat.

“Kita sedang berusaha mempercepatkannya. Kita ambil kira pandangan masyarakat Orang Asli untuk menetapkan kawasan tersebut mengikut suku kaum mereka,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, masyarakat Orang Asli kurang berminat memiliki geran secara individu seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

Menurutnya mereka mahu geran untuk masyarakat secara umum mengikut suku kaum tertentu.HARAKAHDAILY 7/2/2018

Ikuti penerangan lanjut beliau yang disiarkan dalam terbitan Harakah cetak Bil.2322 edisi Jumaat ini )

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tarik darjah kebesaran hak mutlak Sultan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menjelaskan anugerah darjah kebesaran adalah hak atau privilege (keistimewaan) Sultan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata baginda boleh menganugerah kepada sesiapa dan boleh juga menarik daripada penerimanya. “Kami tidak boleh membuat sebarang komen berhubung perkara itu kerana ia menjadi hak Sultan,” katanya sebagai mengulas […]

Subscribe US Now