GCF: Apa yang telah dibuat oleh Malaysia?

webmaster

ahmadmarzukKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok Ahmad Marzuk Shaari mempersoalkan tindakan kerajaan seolah-olah melengah-lengahkan usaha dalam menangani perubahan iklim negara.

Katanya, penangguhan usaha itu antaranya mengakibatkan banjir besar pada 2014 yang membawa kerugian berjuta-juta ringgit.

Merujuk kepada laporan Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang mendakwa Malaysia ketinggalan dalam menggunakan peruntukan Kewangan Antarabangsa yang disediakan oleh Green Climate Fund (GCF).Sedangkan katanya, banyak negara lain telahpun mengemukakan cadangan peruntukan kewangan kepada GCF.

“Apakah cadangan dan jumlah peruntukan yang telah dibuat oleh Malaysia sebagai bukti komitmen terhadap Perjanjian Paris?

“Negara Vietnam contohnya telah diluluskan permohonannya oleh GCF dengan dana AS29.75 juta bagi meningkatkan daya tahan masyarakat pesisir pantai yang terdedah kepada kesan perubahan Iklim,” soalnya ketika membahaskan bagi butiran di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.

Bahkan katanya, sehingga hari ini masih belum mendapat kepastian tentang cadangan daripada pihak kerajaan baik berupa geran kesediaan mahupun cadangan projek.

“Mohon dinyatakan alasan penangguhan dan kelewatan tindakan, ini penting kerana kita telah ketinggalan berbanding negara-negara lain seperti Kemboja,  Vietnam dan Laos,” tegas beliau.

Beliau juga meminta kerajaan menyatakan anggaran rasmi kerugian yang dihadapi dari gelombang panas dalam masa yang sama rakyat merasai kesannya.

“Rakyat terpaksa memasang penghawa dingin dan membayar lebih untuk penggunaan elektrik, malahan ada yang terpaksa tidur menggunakan tiga buah kipas untuk satu bilik, mandi lebih lama dan acapkali serta minum air lebih banyak.

“Mohon juga dinyatakan kesan langsung dan tidak langsung kepada kehidupan rakyat akibat kejadian gelombang panas?”ujarnya. –HARAKAHDAILY 16/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Majoriti Orang Asal tolak tindakan Jaringan

KOTA BHARU: Majoriti pemimpin masyarakat Orang Asal di Gua Musang menolak tindakan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan mengadakan sekatan laluan lori balak di Simpang Petei. Malah kata mereka tindakan kumpulan terbabit salah di sisi undang-undang. Pemimpin berkenaan terdiri daripada penghulu-penghulu lantikan kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung […]

Subscribe US Now