GELARAN: PENJELASAN ISTANA DIRAJA KELANTAN

webmaster

Oleh Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan memaklumkan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau Queen of Kelantan tanpa pengumuman rasmi Istana Kelantan.

“Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis  Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pagi ini.

Beliau menegaskan hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

“Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11949-gelaran-penjelasan-istana-diraja-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BELA NASIB NELAYAN, TANGANI PENCEROBOHAN PERAIRAN

Oleh Muhamed Noraziha Abdullah KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PAS mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil serius berhubung masalah pencerobohan nelayan asing ke perairan negara ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu mempertingkatkan pengawasan wilayah perairan negara supaya tidak sewenangnya diceroboh. Menurutnya, apabila pihak asing terus berekonomi […]

Subscribe US Now