Gelaran Serambi Mekah dipertahan

KERAJAAN negeri juga berusaha menaik taraf Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) kepada kolej universiti.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Muhamed Fadzli Hassan berkata, beberapa syarat lagi yang belum dapat dipenuhi termasuk bilangan pelajar antarabangsa.

Katanya, syarat tersebut merupakan alasan yang diberi pihak terbabit terhadap permohonan KIAS pada 2010.

“Masa itu kita sebenarnya sudah cukup syarat awal yang ditetapkan. Namun Kementerian Pengajian Tinggi meletakkan beberapa syarat baru pula.

“Ini menyebabkan kita terpaksa mengikut semula syarat itu. Walau apa pun yang sedang usahakan menambah bilangan pelajar antarabangsa,” katanya.

Menurutnya syarat ditetapkan kementerian keperluan sebanyak 10 peratus pelajar antarabangsa.

Selain KIAS di Kelantan juga terdapat banyak institusi pengajian tinggi lain termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaya di Nilam Puri dan Bachok iaitu Fakulti Laut.

Universiti Teknologi Mara di Machang dan kampus kota di Kota Bharu dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Kota, Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) di Pengkalan Chepa serta Kolej Matrikulasi di Kok Lanas.

Sebelum ini terdapat Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) dan Masterskill namun sekarang sudah ditutup.

Dr Fadzli juga berkata, gelaran Serambi Mekah yang sinonim dengan Kelantan kerana terdapat banyak sekolah pondok suatu ketika dahulu.

“Tetapi sekarang ada pondok ditutup selepas tok gurunya meninggal dunia. Lagi pun sekarang muncul sekolah agama yang mengantikan peranan pondok. “Dahulu Kelantan terkenal dengan gelaran Serambi Mekah. Sekarang kita terus pertahan dengan lebih banyak lagi sekolah aliran agama.

“Sekarang kita ada 90 sekolah agama di bawah kerajaan negeri. Jumlah itu belum masuk institusi pendidikan agama dikendalikan pihak swasta terdapat di seluruh Kelantan,” katanya. – HARAKAH 26/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment