GENTERA BERBUSANA MERIAHKAN PERARAKAN TMK2020

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU – Komuniti Generasi Sejahtera Kelantan (GENTERA) diberi penghormatan menjadi sebahagian daripada peserta yang memeriahkan acara perarakan sempena Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2020 pada 7 Februari 2020 di Dataran Warisan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 50 orang peserta Program Kolej Gentera dengan penampilan pelbagai gaya busana, menzahirkan imej generasi millennial yang berbudaya dan serasi dengan dasar Merakyatkan Membangun Bersama Islam (MMBI) menarik perhatian hadirin.

Gentera juga menjadi sukarelawan Tahun Melawat Kelantan 2020 dengan penampilan dua ikon, Budok Awe dan Che Mek. Kedua-dua gelaran ini adalah panggilan mesra kepada anak-anak remaja yang cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.

Mendahului perarakan ialah dua buah beca elektrik sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Abdul Rahman.- UPKN KELANTAN 9/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2596898520544499

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment