Gerak bantuan Rohingya bermula di Kelantan

KELANTAN dianggap negeri pertama di negara ini melancarkan tabung kemanusiaan bagi membantu pelarian Rohingya yang mangsa kezaliman pelampau Buddha dan tentera Myanmar.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Dr Raja Iskandar Raja Yaacob berkata, selepas persidangan khas 105 badan bukan kerajaan membincang nasib pelarian Rohingya, Kelantan mengadakan program khas menjelaskan isu berkenaan.

Katanya, Kelantan negeri pertama yang menceritakan nasib malang dialami pelarian Rohingya sehingga terpaksa melarikan diri akibat kekejaman pelampau Buddha di Myanmar.

“NGO mengadakan program khas di Shah Alam anjuran Karangkraf membincangkan nasib pelarian Rohingya.

“Kelantan boleh menjadi penggerak bagi menyelamatkan umat Islam di Arakan. Di sini kita boleh menyatukan umat Islam dari seluruh dunia bagi menghulur bantuan kepada Rohingya,” katanya pada program Solat Hajat dan Solidariti Untuk Rohingya.

Program anjuran kerajaan negeri itu bermula solat Maghrib, diadakan di perkarangan Pasar Wakaf Bharu. Solat hajat untuk Rohingya diimamkan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, Datuk Nassuruddin Daud, anggota parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, wakil-wakil rakyat dan Mudir Pondok Gelang Mas, Pasir Mas, Tuan Guru Awang Yusof.

Dr Iskandar yang sudah tujuh kali menghantar bantuan kepada etnik Rohingya di Arakan berkata, sehingga sekarang lebih dua juta etnik Rohingya menjadi pelarian.

Sementara itu sebanyak RM7,750 berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai yang menghadiri program berkenaan bagi membantu pelarian Rohingya.– HARAKAHDAILY 10/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
190Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment