Gesaan Terhadap Pembayaran Royalti

webmaster

GESAAN TERHADAP PEMBAYARAN ROYALTI

1. Saya menggesa pihak Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan pembayaran royalti 5 peratus berdasarkan pengeluaran mengikut jadual bermula Ogos ini.

2. Ini bagi menepati perjanjian asal yang termaktub di antara Kerajaan-Kerajaan Negeri Pengeluar dengan Kerajaan Persekutuan itu sendiri yang merujuk kepada Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974.

3. Walaupun Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Azmin tidak secara langsung menjawab persoalan saya mengenai pembayaran royalti pada Ogos depan, alasan beliau untuk mendahulukan rundingan 20 peratus berdasarkan keuntungan tidak mempunyai kaitan dengan perjanjian asal tersebut.

4. Perbahasan tentang cadangan baru iaitu pemberian 20 peratus royalti berasaskan keuntungan masih panjang dan melibatkan proses perbincangan yang kompleks. Ia melibatkan pelbagai golongan berkepentingan, malah dalam kedudukan semasa, cadangan tersebut kelihatan mustahil untuk diteruskan.

5. Maka, saya menggesa agar Kerajaan Persekutuan meneruskan pembayaran royalti pada Februari dan Ogos setiap tahun supaya ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat negeri-negeri berkenaan.

YB Nik Mohamed Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Bachok

3 Ogos 2018 | 21 Zulkaedah 1439H

https://berita.pas.org.my/gesaan-terhadap-pembayaran-royalti/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Terengganu dan Kelantan benteng pertahan Islam

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Negeri Kelantan dan Terengganu wajib bergading bahu mempertahankan Islam yang kini banyak isu digembar-gemburkan musuh bertujuan memberi fahaman salah terhadap agama itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Dato’ Ustaz Nassuruddin Daud berkata, Kelantan dan Terengganu kini menjadi benteng kepada Islam di […]

Subscribe US Now