GST: Pelindung terima banyak aduan

tech

KOTA BHARU – Persatuan Pelindung Pengguna (Pelindung) Kelantan menerima banyak aduan berkenaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam tempoh 17 hari perlaksanaannya.

Presiden Pelindung, Ahmad Othman berkata, aduan diterima dari segenap pelosok daerah dan kampung khususnya daripada kalangan penduduk di peringkat akar umbi.

“Masih ramai belum memahami GST walaupun sudah hampir sebulan ia dilaksanakan, malah harga barangan juga naik sekali ganda, membuatkan pengguna berasa lebih terbeban.

“Sebelum ini, harga air hanya RM1.50 sen secawan, namun selepas pelaksanaan GST, kadar harganya meningkat daripada 50 sen sehingga RM1,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berpendapat pihak kerajaan tidak sepatutnya menetapkan kadar cukai enam peratus pada peringkat awal pelaksanaan GST.

Katanya, ketika pengguna sedang tertekan dengan perkara tersebut, terdapat segelintir peniaga menaikkan harga barangan dengan sesuka hati untuk mengaut untung berlebihan.

Sementara itu, beliau menganggap cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan sebagai tidak munasabah.

KWSP mencadangkan had umur pengeluaran simpanan persaraan dinaikkan kepada 60 tahun berbanding 55 tahun pada masa kini dengan alasan hampir 70 peratus ahli tidak menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun.

“Cadangan tersebut memang tidak logik. Sepatutnya dahulukan kepentingan pencarum untuk merasa wang simpanan mereka selepas pencen dan bukan pada usia 60 tahun.

“Pelindung berharap selepas ini kerajaan akan lebih fokus dalam pemberian bantuan berbentuk barangan berbanding wang tunai bagi memastikan rakyat mendapat manfaat berpanjangan,” katanya.

Tambahnya, bantuan wang ringgit yang diberikan pasti akan habis sedangkan bantuan dalam bentuk barangan boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan mendidik rakyat berdikari.

— Sinar Harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dedah pelajar cara betul urus jenazah

TUMPAT – Sebaik-baiknya jenazah itu diuruskan oleh ahli keluarga yang terdekat seperti anak atau bapa atau adik beradik dan sebagainya. Menyedari kepentingan itu, Sekolah Menengah Ugama Arab Bustanul Saadah, Morak mengadakan kursus pengurusan jenazah, teori dan praktikal dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama dan Islam Kelantan (Jahaeik). Seramai 300 peserta […]

Subscribe US Now