Gua Musang Peluang Baharu Kelantan

webmaster

 

oleh Nik Azman Nik Mustafa

GUA MUSANG – Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) berpotensi menjadi PBT bertaraf Perbandaran kedua di Kelantan selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sesuai dengan pungutan hasil pendapatan sebanyak RM 13,324,000.00 tahun 2019 berserta dengan pembangunan yang semakin pesat ketika ini pada masa akan datang.

Berucap pada taklimat Lawatan Kerja Program Kelantanku Bersih di MDGM, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, YB Dr. Izani Husin berkata, sebanyak RM 450 ribu diperuntukan kepada setiap PBT untuk Program Kelantanku Bersih.

Daerah Gua Musang yang memiliki keluasan 7979.77 km persegi membabitkan empat kawasan pentadbiran iaitu Galas, Bertam, Lojing dan Chiku dengan keadaan geografinya yang menarik serta memiliki laluan utama menghubungkan Pantai Timur dan Barat cukup sesuai untuk pembangunan sektor pelancongan.

Hadir sama Ketua Jajahan Gua Musang, Dato’ Haji Norazman Abd. Ghani merangkap Yang Dipertua MDGM, ADUN Galas, YB Haji Syahbuddin Hashim, Pengarah Bahagian Kerajaan Tempatan SUK, Wan Ahmad Suwaidi Zainal Abidin, Pengurus Deposit Negeri Kelantan Bank Islam Malaysia Berhad, Ahli-Ahli Majlis serta Pegawai-pegawai MDGM.

MDGM telah merangkul Naib Johan Anugerah Kebersihan PBT 2019 bagi kategori tandas awam PBT bersih iaitu Tandas Awam Taman Tasik dan Naib Johan bagi kategori tandas awam terbersih iaitu Tandas Awam RNR Hentian Mutiara.- UPKN KELANTAN 24/06/2020

 

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan Negeri Akan Sumbang Bantuan Kepada Mangsa Tragedi

oleh Nik Azman Nik Mustafa BACHOK – Menteri Besar, YAB Dato’ Bentara Kanan Ahmad bin Yakob melahirkan rasa dukacita dengan tragedi bot karam dipukul ribut membabitkan 20 orang pemancing di Perairan Kemasin malam tadi. Ketika ditemui media di Jeti Kuala Kemasin sewaktu meninjau operasi mencari dan menyelamat beliau berkata, Kerajaan […]

Subscribe US Now