Guna wang ihsan untuk pendidikan, infrastruktur

KOTA BHARU -Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebagai agensi pelaksana Program Wang Ihsan Kelantan akan menyalurkan dan tersebut melalui dua sektor utama iaitu pembangunan pendidikan dan pembangunan infrastruktur.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abdul Hadi berkata, satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pengurusan Khusus Dana Wang Ehsan Negeri Kelantan juga telah ditubuhkan bagi menyelaraskan dana tersebut.

“Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan sebagainya.

“Mesyuarat juga akan diadakan sebulan dari sekarang untuk menyelaraskan segala perancangan yang telah kita buat. Selepas mesyuarat tersebut barulah dana akan diberikan dan InsyaALLAH, dengan kesungguhan dan kerjasama yang diberikan pihak kerajaan persekutuan semalam (kelmarin), saya yakin pemberian dana akan disegerakan,”katanya kepada media dalam sidang media di sini. [SINAR HARIAN]

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment