GURU TERPAKSA PIKUL TUGAS PENGKERANIAN LAGI

webmaster

SAYA telah mengemukakan soalan tambahan nombor satu di Dewan Rakyat hari ini. Soalan saya kepada Kementerian Pendidikan adalah berkenaan dengan beban tugas pengkeranian yang masih dipikul oleh para guru sehingga ke hari ini.

Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan pada bulan Januari 2019 yang lalu, Menteri telah berjanji untuk memansuhkan semua tugas pengkeranian yang dilakukan oleh guru dengan memperkenalkan lima inisiatif intervensi jangka pendek bermula pada Januari 2019.

Namun, sehingga ke hari ini para guru masih terbeban dengan pelbagai kerja-kerja memasukkan dan mengemaskini data serta membuat laporan aktiviti sekolah. Malah, tugasan pengkeranian yang terpaksa dilakukan lebih banyak. Para guru tidak dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada tugasan hakiki iaitu mendidik dan mengajar.

Saya amat kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat hari ini yang memaklumkan bahawa pemansuhan tugas pengkeranian tersebut masih di peringkat kajian lagi. Mengapa sejak dari bulan Januari hingga Oktober 2019 perkara tersebut masih di peringkat kajian? Justeru, apa sebenarnya yang dijanjikan oleh Menteri Pendidikan dahulu?

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

3 Rabiul Awwal 1441 | 31 Oktober 2019

Sumber: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/3367799959926987

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MPKKP: REFORMASI PH 'SEMBANG KOSONG'

oleh Syahirah Salleh KUALA LUMPUR: Tindakan PH menggantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dilihat sebagai satu mekanisma yang tidak lebih daripada mengulangi budaya BN. Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, budaya mewujudkan ‘kerajaan di dalam kerajaan’ itu sekali lagi membuktikan bahawa […]

Subscribe US Now