H355; Ustaz Mad dan Datin Tuan Sabariah bawa aspirasi Tok Guru

Ustaz Ahmad Yakob dan Datin Tuan Sabariah hadir ke Himpunan 355 membawa aspirasi al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Abdul Aziz Nik Mat dengan harapan cita-cita al Marhum semoga satu hari nanti syariat Islam mampu dilaksanakan sebagaimana perintah Allah.

Ratusan ribu rakyat Malaysia berhimpun di Padang Merbok bagi menandakan sokongan rakyat, khususnya umat Islam kepada usaha memperkasa Mahkamah Syariah dan mendaulatkan syariat Islam melalui pindaan Akta 355 yang in sha Allah akan diusulkan melalui usul persendirian RUU 355 oleh Ahli Parlimen Marang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada sesi Parlimen Mac nanti.

Suara umat Islam Malaysia telahpun disampaikan khususnya kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mempunyai kuasa untuk melulus atau menolak.

Kini terserah kepada mereka. Peluang dan masa depan kedaulatan Islam di tangan mereka. Mudah-mudahan harapan dan doa dari kami umat marhaen tidak dikhianati.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment