Hadirlah mahkamah selesai kes royalti

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan pusat dan Petronas hadir di mahkamah pada 17 Mei ini bagi menyelesaikan kes menarik balik saman isu royalti.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kehadiran wakil pihak terbabit penting bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan kes berkenaan.

“Mereka hadirlah… kalau tidak hadir mahkamah tidak boleh buat keputusan penarikan balik saman,” katanya di sini semalam.

Sebelum ini mahkamah menetapkan 17 April lepas bagi prosiding kes menarik saman kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan pusat.

Bagaimanapun malangnya pada tarikh tersebut wakil Petronas dan kerajaan Persekutuan tidak hadir sehingga menyebabkan mahkamah menunda kes terbabit kepada 17 Mei ini.

Pada 30 Ogos 2010 Kelantan memfailkan saman bagi menuntut tunggakan royalti minyak yang tidak dibayar sejak 1998.

Saman itu difailkan Menteri Besar Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Dagang di Kuala Lumpur.

Kerajaan negeri melantik peguam Tommy Thomas mewakilinya bagi mengendalikan kes tersebut. – HARAKAHDAILY 9/5/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10994-hadirlah-mahkamah-selesai-kes-royalti

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan rangka budaya pengurusan ihtirafi

KOTA BHARU: Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) sedang merangka agenda bagi melaksanakan budaya pengurusan ihtirafi (profesional) dalam pentadbiran kerajaan negeri. Pengarahnya Dato’ Dr Johari Mat berkata, usaha itu dilakukan untuk memantapkan lagi jentera pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, perkara itu disebut pertama kali Menteri Besar Ustaz Dato’ Ahmad Yakob ketika menyampaikan amanat […]

Subscribe US Now