Hakisan tebing jejas penduduk Kg Parit

webmaster

PASIR MAS: Kerajaan Persekutuan diminta menyegerakan projek pengukuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pasir Parit yang terjejas akibat hakisan.

Adun Chetok Zuraidin Abdullah berkata, seramai 32 penduduk terlibat menandatangi surat persetujuan bagi memberi kebenaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaksanakan projek bernilai RM13 juta.

Katanya, JPS sedang menyelesaikan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Malah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin telah melawat serta memberi jaminan akan menyelesaikan.

“Projek ini dibawah kerajaan pusat, selepas beberapa siri pertemuan yang kerajaan negeri adakan, kita masih menunggu tindakan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek terbabit,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 27/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9234-hakisan-tebing-jejas-penduduk-kg-parit

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SMU: 461 pelajar dapat 10 mumtaz

KOTA BHARU: Seramai 461 pelajar memperolehi 10 mumtaz dalam semua mata pelajaran peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), SMU (Dini), Sijil Menengah Tahfiz al Quran dan Tahfiz Sains (SMTQ/TS) 2018. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Ustaz Azhar Salleh berkata keputusan ketiga-tiga sijil peperiksaan itu meningkat. Katanya, […]

Subscribe US Now