Hapus subsidi TH: Tuntut penjelasan kerajaan

webmaster

KERAJAAN digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai sebuah laporan yang menjelaskan pihak Tabung Haji (TH) tidak akan memberikan subsidi haji kecuali kepada golongan B40.

Ironinya laporan tersebut dikeluarkan oleh The Edge Markets pada 11 Februari 2020 yang bertajuk, “Subsidy for first-time pilgrims, except B40s, to be removed next year?”. Laporan ini tidak mendedahkan sumber-sumber rasmi yang menyebarkan perkara berkenaan.

Ada dua persoalan utama di sini yang perlu dijawab oleh Kerajaan khususnya Kementerian di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam.

Pertama, sejauh mana kebenaran laporan penghapusan subsidi kepada mereka yang pertama kali menunaikan Haji kecuali golongan B40 tersebut benar?

Kedua, mengapa sejak tahun lalu laporan mengenai isu melibatkan TH melalui sumber-sumber yang tidak rasmi seperti The Edge Markets sebelum ia disebarkan secara rasmi oleh pihak Kementerian? Siapa sumber-sumber belakang tabir tersebut?

Keadaan ini mencetuskan rasa tidak senang yang berterusan terhadap bagaimana pengurusan Kerajaan terhadap TH ketika ini. Sedangkan kebanyakan rakyat khususnya yang beragama Islam adalah mereka yang mempunyai kepentingan yang sepatutnya pandangan mereka diambil kira dalam membuat keputusan.

Saya mengharapkan Kerajaan memberikan penjelasan yang sebaiknya dalam isu ini. Rakyat mengharapkan pengurusan yang lebih telus serta mengutamakan kebajikan mereka dalam segala hal. Malangnya harapan kini seolah-olah hanya tinggal harapan.

Sekian.

“Islam Memimpin Perpaduan”

DATO’ HAJI CHE ABDULLAH MAT NAWI
Ahli Parlimen Tumpat
13 Februari 2020 bersamaan 19 Jamadil Akhir 1441H – HARAKAHDAILY 13/2/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/13/hapus-subsidi-th-tuntut-penjelasan-kerajaan/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Antiviral: Harapan setinggi gunung

WABAK virus Corona baru (COVID-19) merancakkan usaha penghasilan antiviral. Keupayaan saintis di Doherty Institute, Melbourne membiakkan virus ini daripada pesakit merupakan pencapaian yang sangat penting. Penemuan ini membenihkan harapan tinggi bagi menghasilkan rawatan untuk mengekang virus ini daripada terus merebak. Antiviral dan vaksin Antiviral berfungsi sebagai suatu bentuk rawatan, berbeza […]

Subscribe US Now