Harap kemelut Kafa bakal terjawab 29 Dis ini

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyokong inisiatif Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan memastikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kekal dalam liga Malaysia musim 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, usaha berkenaan menterjemahkan rasa sayang rakyat terhadap sukan bola sepak.

“Badan itu mengambil tindakan bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain. Kerajaan negeri menyokong usaha murni tersebut.

“Langkah-langkah yang diambil itu menunjukkan rasa hati rakyat Kelantan yang sangat meminati sukan berkenaan tanpa mengira usia,” katanya selepas mesyuarat Exco hari ini.

Sebelum ini, Penyelaras Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan, Datuk Takiyudin Hasan berharap supaya kemelut dihadapi Kafa diselesaikan segera.

Badan bertindak itu juga melancar kutipan derma RM10 untuk menyelamatkan masa depan pasukan The Red Warriors (TRW).

Badan berkenaan dianggotai Kelab Bekas Pemain Kelantan dan Kebangsaan 1980, Legenda Bola Sepak Kelantan 1960 dan 1970.

Baru-baru ini Pemangku Presiden Kafa Datuk Seri Afandi Hamzah memberitahu persatuan terbabit hanya mempunyai wang sebanyak RM800,000 sedangkan sebanyak RM15 juta diperlukan bagi mengharungi Liga Malaysia

Abdul Fattah juga berharap kemelut Kafa bakal terjawab apabila Kongres Kafa dijangka diadakan pada 29 Disember ini.

“Harapan tinggi supaya Kafa dapat buat langkah positif dalam memastikan pasukan Kelantan terus dapat beraksi dalam Liga Malaysia tahun hadapan.

“Kita akan menunggu hasil Kongres Kafa nanti dan kita akan meneliti keputusan itu sebelum mengadakan pertemuan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kongres Rakyat rumus isu semasa di Kelantan

KOTA BHARU: Kongres Rakyat yang menghimpunkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik akan bersidang 29 Disember ini bagi merumus pandangan untuk diketengah kepada kerajaan negeri. Ketua Sekretariatnya Zulkifli Mamat berkata Kongres Rakyat menjadi medan untuk mendengar pandangan rakyat berkaitan isu-isu yang berlaku di Kelantan. Katanya, rumusan Kongres Rakyat tersebut […]

Subscribe US Now