Harga sayur lebih terjamin berbanding getah

webmaster

MACHANG: Harga sayur-sayuran di pasaran sekarang lebih terjamin berbanding harga komoditi getah yang menghadapi kejatuhan teruk sekarang.

Oleh itu Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berharap golongan belia tempatan memulihkan tanah-tanah terbiar dengan tanaman sayur-sayuran memandangkan harganya lebih terjamin.

“Harga buah rock melon di pasaran kini melonjak RM5 sekilogram dan permintaannya begitu tinggi,” katanya selepas melawat projek pembangunan tanah anak muda Kelantan di Kampung Wek dekat sini hari ini.

Projek pembangunan tanah anak muda Kelantan itu merupakan program perintis. Ia berjaya mengutip hasil sehingga RM12,000 bagi setiap tiga tan rock melon.

Projek berkenaan diusahakan tujuh peserta menerusi konsep mentor mentee. Ia meliputi kawasan seluas lapan ekar bagi fasa pertama.

Ustaz Ahmad berkata kerajaan negeri menyediakan kawasan seluas 40 ekar bagi melaksanakan projek berkenaan.

“Saya telah berbincang dengan anggota-anggota Exco dan ketua jajahan untuk perluaskan program ini.

“Kerajaan negeri berharap belia Kelantan merasa mulia dengan kerja bertani. Dengan terlibat dengan aktiviti pertanian kesihatan kita pun bertambah baik dan menghilang stress.

“Lebih-lebih lagi apabila melihat pokok yang ditanam subur sehingga mengeluarkan buah,” ujarnya.

Turut hadir anggota-anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ketua Jajahan Machang, Mohd Zainuddin Mohammad dan Pengarah Urusetia Belia dan Sukan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

Harga getah di pasaran sekarang hanya sekitar RM2.40 sekilogram sehingga menyebabkan ramai penoreh menghadapi kesempitan hidup. – HARAKAHDAILY 29/3/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jemputan Exco lancar buku dibatal saat akhir

KOTA BHARU: Sejak 1990 bidang pendidikan di Kelantan mulai diserap unsur-unsur politik, lebih-lebih lagi selepas pelantikan pengarah Jabatan Pedidikan Negeri (JPN) kalangan pegawai tempatan. Pernah sebelum ini guru-guru diarah menyambut kedatangan Perdana Menteri ketika berkunjung ke Kelantan. Lebih mengejutkan apabila guru-guru mesti menandatangani buku kehadiran pada program berkenaan yang diadakan […]
KOTA BHARU: Mengambil kira dasar pendidikan tinggi Islam di negara ini tidak menepati nilai sebenar, Kelantan cuba mengisi kelompangan itu

Subscribe US Now