HARI CUTI ATAU HUJUNG MINGGU, TARIKH SESUAI BUANG UNDI PRN

KUALA LUMPUR“Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang berbaki pada tahun ini, biarlah tarikh membuang undi ditetapkan pada hari cuti dan hujung minggu yang sesuai, bukannya hari bekerja seperti di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tioman dan Padang Serai tempoh hari.”

Demikian cadangan Ahli Parlimen Bachok, YB Mohd Syahir Che Sulaiman dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun (2022) 2023 di Dewan Rakyat, 30 Mac lalu.

Menurutnya hal tersebut adalah penting bagi meningkatkan partisipasi rakyat, khususnya anak muda, dalam proses pilihanraya, dan memastikan peratus keluar mengundi di paras yang munasabah, mewakili segmen majoriti pengundi di sesebuah kawasan.

Cadangan tersebut dipersetujui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang turut mencadangkan supaya diadakan pilihan raya itu pada hari Sabtu.

“Elok hari Sabtu sebab hari Jumaat di sebelah Pantai Timur cuti. Saya setuju dan saya kira SPR juga tiada masalah untuk itu,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU Perbekalan Tambahan Tahun (2022) 2023.

Selain itu, beliau turut menyatakan keperluan bagi PRN di enam negeri itu dianggarkan RM420 juta dengan mengambil kira situasi semasa.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 11 times, 1 visits today)

Add Comment