Hati-hati berbasikal pada waktu malam – MB

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengeluarkan larangan berbasikal pada waktu malam.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menasihati orang ramai yang terlibat supaya berhati-hati.

“Sebaik-baiknya malam adalah waktu berehat, ambillah waktu pagi atau petang untuk memulakan kayuhan dan beriadah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Sekiranya tiada ruang di siang hari, nak melakukan aktiviti itu pada waktu malam kena lebih berhati-hati,” katanya selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan 2017 di Kota Darulnaim, di sini pagi semalam.

Lebih 1,000 penjawat awam dan orang ramai menyertai kayuhan basikal sejauh 33 kilometer anjuran kerajaan negeri.

Kayuhan bermula di Kota Darulnaim itu menuju ke Perol dan berhenti di Padang Halban, sebelum kembali ke Kota Darulnaim.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana program itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Kerajaan negeri menggalakkan aktiviti riadah seperti berbasikal kerana ia adalah gaya hidup sihat.

“Untuk penjawat awam, aktiviti ini boleh dilaksanakan pada hujung minggu,” katanya.

Tambahnya, amat wajar jika ianya diadakan sentiasa sebagai sebahagian cara membebaskan belenggu tekanan di tempat kerja. – HARAKAHDAILY 26/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Wujudkan penilai tahfiz seperti bidang profesional lain

KOTA BHARU: Satu jawatankuasa penilai wajar ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar tahfiz. Cadangan tersebut diutarakan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang melihat kepentingan pelajar hafiz al Quran di negeri perlu diperkasakan. Menurutnya lagi, langkah sama telah dibuat oleh […]

Subscribe US Now