Hati-hati di jalan raya ketika pulang Aidilfitri

webmaster

EKORAN kekerapan berlaku kemalangan sehingga mengundang kematian pengguna jalan raya, Menteri Besar Kelantan menasihat anak-anak perantau lebih berhati-hati ketika memandu pulang berhari raya.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berharap anak-anak perantau berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung di musim perayaan Aidilfitri.

“Setiap tahun ramai anak perantau pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Saya berharap mereka berhati-hati di jalan raya, terutama sehari dua menjelang raya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota pasukan keselamatan di Kota Darulnaim, hari ini.

Kuih itu sumbangan Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri (Purnama).

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil pasukan keselamatan.

Menteri Besar juga berharap anak perantau menggunakan jalan alternatif yang lebih selamat bagi mengurang kesesakan lalu lintas.

Katanya, jalan yang sesak menyebabkan kemalangan mudah berlaku sekiranya tidak berhati-hati.

“Peringatan ini sering disampaikan kepada anak-anak perantau ketika kami menghadiri program anak perantau di luar Kelantan khususnya di bulan Ramadan ini.

“Ini kerana sejak akhir-akhir ini banyak kemalangan jalan raya berlaku yang membabitkan kematian,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tugas anggota keselamatan cabang jihad

TUGAS anggota keselamatan begitu penting bagi menjaga keselamatan negara. Malah ia sebagai cabang jihad yang akan mendapat ganjaran pahala. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata tugas mereka penuh risiko sehingga dimuliakan Islam. “Mudah-mudahan mereka dilindungi di dunia dan dilindungi dari kepanasan api neraka,” katanya pada program penyerahan […]

Subscribe US Now