Henti niaga waktu Maghrib budaya Kelantan

PERATURAN menggalakkan peniaga pasar malam menghentikan perniagaan seketika ketika azan Maghrib sudah menjadi budaya bagi masyarakat Kelantan.

Malah ia sudah lama diterima selaras dengan Kelantan sebagai Serambi Mekah.

Malangnya usaha itu cuba diperlekehkan pemimpin sekular yang cuba mencacatkan dasar Membangun Bersama Islam.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Ashaari Mamat berkata, peraturan menghentikan seketika urus niaga pada waktu Maghrib di pasar malam sudah sebati dengan rakyat Kelantan.

Katanya, peraturan seperti itu sepatutnya disokong kerana ia dapat mendidik rakyat supaya segera menunaikan solat.

Lagi kata beliau solat Maghrib waktunya begitu pendek dan ia perlu disegerakan bagi mengelakkan luput waktu.

“Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu. Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia,” katanya di Kota Bharu.

Aktivis DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan sementara ketika solat Maghrib.

“Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan minggu ini.

“Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah,” katanya di laman sosial.

Sebelum itu Adun PAN Salor Datuk Husam Musa juga dilapor turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam laman sosialnya menjelaskan peraturan menghenti seketika urusniaga waktu Maghrib di pasar malam sudah lama dilaksanakan.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood mengecam tindakan Ahli DAP yang mengugut mahu menyaman kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku sebagai seorang beragama Islam. – HARAKAHDAILY 18/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment