Henti urus niaga waktu Maghrib sejak 1994

webmaster

ARAHAN penutupan sementara urusniaga di pasar malam di Kota Bharu ketika masuk waktu Maghrib dikuatkuasa sejak 1994.

Ketua Penolong Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Azman Mohd Daham berkata, peraturan itu sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

“Sepatutnya perkara ini tidak berbangkit sebab ia dah lama dilaksana. Ia juga dikuatkuasakan di semua pihak berkuasa tempatan di negeri ini,” katanya di Kota Bharu.

Beliau juga berkata, bilangan peniaga bukan Islam yang berniaga di pasar-pasar di sekitar Kota Bharu tidak sampai satu peratus.

Oleh itu katanya undang-undang tersebut tidak memberi kesan kepada peniaga pasar malam yang bukan Islam.

Azman juga berkata semua premis pasar raya di negeri ini juga dikehendaki menutup perniagaan selama sejam ketika masuk waktu solat Jumaat bagi membolehkan kakitangan beragama Islam menunaikan solat. – HARAKAHDAILY 19/4/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Henti urus niaga: Peniaga hargai kerajaan negeri

PENIAGA di pasar malam di Kelantan termasuk bukan Islam sudah sedia maklum peraturan memberhentikan sementara urusniaga ketika solat Maghrib. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Abdul Rahman Yunus berkata peraturan itu sudah diterima semua pihak termasuk peniaga bukan Islam. Katanya mereka menerima dengan terbuka peraturan tersebut yang […]

Subscribe US Now