Hiburan: Pemuda PAS desak hospital mohon maaf

webmaster

KUALA KRAI: Biar pun kerajaan negeri mengharam persembahan hiburan membabitkan perempuan dewasa sejak 1990, namun masih ada pihak yang melanggarnya secara terang-terangan.

Terbaru pada malam sambutan tahun baru Khamis lepas persembahan hiburan diadakan di kawasan Hospital Kuala Krai (HKK) dengan menampilkan artis perempuan.

image (12)Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan Nazman Che Iberahim berkata, pihaknya sangat sedih keterlanjuran pihak terbabit menganjurkan program yang tidak mengambil kira sensitiviti orang Islam.

Katanya, selepas bencana banjir besar melanda akhir 2014, sepatutnya umat Islam sedar dan menginsafi ujian tersebut yang didatangkan dari Allah SWT.

“Ramai lagi yang masih bersedih dan bermalam di rumah transit sementara menunggu rumah kekal siap.

“Apakah hiburan melampau itu sengaja mahu mengundang kemurkaan Allah SWT lagi,” katanya di sini.

Oleh itu Pemuda PAS Kelantan akan menghantar memorandum bantahan kepada HKK, Pengarah Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan membantah penganjuran program berkenaan.

“Kami juga desak Pengarah HKK memohon maaf kepada rakyat Kelantan secara terbuka dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” tambahnya

Difahamkan penganjuran program hiburan itu tidak mendapat kelulusan Ketua Jajahan Kuala Krai, selaras Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Abdul Latif Abdul Rahman berkata Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) hanya mendapat tahu program hiburan berkenaan selepas kejadian berlaku.

“Saya dimaklumkan tiada permohonan program tersebut diajukan kepada MDKK. Perlanggaran itu pertama kali berlaku di Kuala Krai sehingga mengundang kemarahan orang ramai,” katanya.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap MDKK menghantar pekeliling peringatan kepada setiap jabatan, agensi dan NGO di Kuala Krai mengenai peraturan di bawah Enakmen Kawalan Hiburan 1998. –HARAKAHDAILY 6/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Hak peniaga bawa isu vape ke mahkamah - Exco

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak menghalang peniaga vape membawa isu pengharaman premis rokok elektronik ke mahkamah, kata anggota Exco Datuk Abdul Fattah Mahmood. Beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasa lesen premis di bawah Akta 171 Kerajaan Tempatan di bawah Seksyen 107. “Sehingga sekarang sudah empat negeri menguatkuasakan larangan penjualan vape. […]

Subscribe US Now