Hijau tema rasmi Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang membawa mesej bahawa rakyat negeri itu akan mempertahan kepimpinan ulama bakal disemarakkan dengan warna hijau sebagai temanya.

Tema itu bukan sahaja mewakili warna sunnah, malah membawa maksud kemenangan yang akan mewujudkan gelombang hijau menyerlahkan himpunan bakal berlangsung di Padang Perdana, di sini Jumaat, 16 Mac depan.

Sehubungan itu, Dewan Usahawan Kelantan (DUKE) menyeragamkan penampilan peserta ke himpunan itu dengan mengeluarkan t-shirt rasmi khas yang telah mula dijual dengan harga RM30 sehelai berlengan panjang.

T-shirt dengan kualiti kain jenis jersi fiber mikro itu telah dilancarkan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Kuliah Dhuha di Medan Ilmu, di sini kelmarin.

Orang ramai diseru melakar sejarah dengan menyertai suasana hijau kemeriahan himpunan itu nanti dan mendapatkan t-shirt stok terhad tersebut dengan menghubungi Ustaz Zaki di talian 019-986 3003. – HARAKAHDAILY 25/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan Subur Dengan Sistem Pendidikan Agama

  Kota Bharu – Negeri Kelantan terkenal sebagai bumi yang subur dengan sistem pendidikan agama yang semakin berkembang maju sekarang ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Pelancaran Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan di Dewan Teratai semalam. […]

Subscribe US Now