Himpunan Akta 355 kembali maruah rakyat Kelantan

webmaster

MACHANG: Himpunan menyokong Akta 355 pada 18 Februari hadapan adalah antara usaha untuk mengembalikan maruah rakyat Kelantan selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah II diluluskan pada 1993.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata himpunan itu bagi menzahirkan sokongan rakyat dalam usaha memartabatkan perundangan Islam.

Katanya sejak pindaan akhir dibuat pada 1984 hanya baru sekarang usul bagi memperkasakan lagi perundangan syariat dapat dibawa ke parlimen.

“Usul mengenainya sudah dua kali dibawa ke parlimen dan belum dibahas lagi memberi ruang secukupnya kepada mana-mana pihak bagi memahami perundangan tersebut.

“Himpunan yang kita akan anjurkan merupakan himpunan aman dan perlu diingat ia bukan demontrasi atau perarakan.

“Kita akan mengadakan solat hajat, munajat dan tampil juga selebriti anak muda Ustaz Azhar Idrus, artis dan berakhir dengan ceramah pada malam tersebut,” katanya pada prahimpunan menyokong Akta 355 di padang Majlis Daerah Machang, malam tadi.

Hadir sama Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah, Speaker Dun Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Ketua Jajahan Machang Zainuddin Mohamad.

Ribuan rakyat Kelantan memenuhi padang tersebut. Program bermula dengan solat Isyak dan solat hajat diimamkan Pengarah Yayasan Amanah Tok  Kenali Tuan Sharifuddin Tuan Ismail.

Pada himpunan itu juga diadakan bacaan ikrar diketuai peguam Nik Bahrum Nik Abdullah bagi menyatakan sokongan padu rakyat Kelantan terhadap usaha pindaan Akta 355.

Ikrar tersebut juga mendesak anggota-anggota parlimen Muslim memberi sokongan terhadap pindaan akta terbabit bagi kepentingan umat Islam.

Ustaz Tuan Ibrahim juga berkata, perhimpunan sokongan Akta 355 diadakan pada tarikh tersebut dengan mengambil kira sebelum berlangsung persidangan parlimen pada Mac 2017.

Menteri Besar pula berkata, ulama terdahulu telah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan perundangan Islam dapat ditegak di negara ini.

“Usaha itu diteruskan sehingga sekarang. Perjuangan ulama terdahulu semakin menjadi kenyataan dengan usaha yang diteruskan ulama hari ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/1/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Himpunan 355 maruah Islam, maruah rakyat Kelantan

Himpunan menyokong pindaan Akta 355 yang dijadualkan pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur adalah maruah parti, maruah Islam dan maruah rakyat Kelantan, tegas Pengerusi Himpunan 355 yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Ustaz Tuan Ibrahim turut berkongsi saat-saat akhir beliau bersama al-Marhum Tuan […]

Subscribe US Now