Himpunan politik toksik agenda liberal

webmaster

PERHIMPUNAN ‘wanita bantah politik toksik’ yang diadakan 10 September dianggap rentetan kebiadapan golongan liberal memperkecil-kecilkan ajaran serta akidah agama Islam.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi berkata, langkah berkenaan akan terus dilakukan sekiranya kerajaan tidak mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Menurutnya, tindak tanduk golongan tersebut dalam Pakatan Harapan seolah-olah sudah mendapat restu serta ‘lampu hijau’ daripada agamawan dalam Parti Amanah Negara (PAN) yang mendakwa membawa Islam sebenar.

“Perhimpunan itu merupakan lanjutan daripada siri-siri kebiadapan pemimpin DAP dan orang Melayu berfahaman liberal untuk mempertikaikan ajaran agama Islam.

“Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas untuk mengelakkan tindakan mereka terus melarat,” katanya ketika ditemui selepas laporan polis dibuat terhadap David Orok dan peguam Siti Kasim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Laporan itu dibuat anggota jawatnkuasa pemuda PAS Kota Bharu, Muhammad Saifullah Zainuddin.

Hadir sama Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Naib Ketua, Mohd Arif Abdullah, Ketua Penerangan, Nazman Che Iberahim dan anggota-anggota jawatankuasanya.

Pada Ahad lepas sekumpulan wanita berpakaian warna unggu dipercayai diketuai isteri bekas perdana menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berhimpun bagi membantah politik toksik. – HARAKAHDAILY 12/9/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Projek perumahan RM90 juta di Kota Jembal

KOTA Jembal yang terletak tidak jauh daripada kediaman Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bakal berubah wajah tidak lama lagi. Projek perumahan bercampur bernilai RM90 juta akan menempatkan 242 unit rumah bakal dibangunkan di kawasan tersebut. Projek itu biar pun baru dipecah tanah hari ini, namun mendapat sambutan menggalakkan, […]

Subscribe US Now