Hodohnya gambaran penolakan Akta 355

webmaster

KOTA BHARU: Isu pindaan Akta 355 boleh dijadikan contoh kecil bagaimana sukar dan hodohnya gambaran penolakan sesetengah pihak terhadap usaha umat Islam mahu memartabatkan agama mereka.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata ledakan penentangan begitu kuat gegarannya ketika ribuan lagi orang Islam mahu mengembalikan syiar Islam.

Katanya, Rang Undang-Undang (RUU) 355 dijadikan mangsa secara berterusan untuk meminggirkan Islam dan meremehkan penganutnya.

“Mereka menggunakan undang-undang dan hak asasi kononnya menyentuh hak mereka.

“Kita juga ditakut-takutkan bahawa PAS akan kalah teruk kalau tidak bersama pembangkang lain. Mereka sebenarnya lupa sejak pilihan raya umum 1959, puratanya PAS sentiasa solo.

“Kita tidak lari dari medan perjuangan. PAS berusaha supaya setiap Muslim menerima politik Islam. Demokrasi dan pilihan raya hanya alat, tetapi Allah SWT dan Rasul SAW adalah matlamat,” katanya di sini.

Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata sejarah politik negara jelas membuktikan semua tahaluf dan pakatan longgar parti pembangkang dilanggar pihak lain.

Sedangkan katanya ketika pilihan raya, jentera PAS di segenap peringkat bekerja bermati-matian bagi memenangkan pakatan pembangkang.

Beliau juga berkata, golongan terbabit lupa mahkamah syariah milik semua orang Melayu tak mengira parti dan status mereka.

“RUU 355 adalah suatu sistem, struktur, bidang kuasa hukuman dan keadilan,” ujarnya.

Oleh itu katanya perhimpunan Menyokong Akta 355 pada 18 Februari ini bertujuan menyatu dan membina keyakinan sebuah prinsip dalam menyelusuri ruang demokrasi di negara ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Naik harga minyak 'hadiah' Tahun Baharu Cina

KOTA BHARU: Tidak lagi ditemui di media massa berbahasa Melayu makluman kenaikan harga petroleum, yang menjadi agenda bulanan kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebaliknya sejak semalam lagi sudah diuar-uarkan di media sosial harga baru petroleum bagi Februari 2017. Lebih malang lagi percaturan kerajaan BN dibuat ketika paras harga minyak dunia jatuh […]

Subscribe US Now