Hospital wanita patuh syariah pertama di Kelantan

webmaster

KOTA BHARU – Sebuah hospital wanita dan kanak-kanak berkonsepkan patuh syariah pertama di Kelantan akan dibangunkan dengan kos RM100 juta, bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Dr Izani Husin berkata, hospital yang dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar di Padang Tembak oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan PKB itu dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Menurutnya, bangunan hospital berkenaan setinggi lapan tingkat itu mempunyai kapasiti 80 katil bagi menggantikan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ sedia ada yang terletak di pusat bandar.

Beliau yakin selepas siap, hospital tersebut bukan sahaja muncul selaku mercu tanda baharu tetapi dalam masa membawa imej patuh syariah serta menjadi contoh kepada hospital lain.

“Tenaga perubatan terdiri pakar-pakar wanita khusus rawatan perbidanan dan sakit puan serta jururawat dan kakitangan sokongan wanita berpengalaman akan memberikan keselesaan kepada pesakit dan keluarga.

“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada golongan wanita dan anak-anak dalam perkhidmatan perubatan lengkap serta moden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak An-Nisa’ yang disempurnakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Pengkalan Chepa, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail. SINAR HARIAN 19/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Institusi pondok makin bertambah di Kelantan

BACHOK: Kegemilangan institusi pendidikan pondok tradisional di Kelantan kembali menyerlah di mana sekarang jumlahnya meningkat kepada 50 buah. Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkta, pertumbuhan banyak pondok di Kelantan sekarang menggambarkan perkembangan positif yang berlaku di bawah kepimpinan ulama. Katanya, kemunculan banyak institusi pondok diharap dapat menambahkan […]

Subscribe US Now