Hotel Islamik bakal dibangunkan

webmaster

KOTA BHARU – Kerajaan negeri bakal memperkenalkan hotel berkonsep Islamik sepenuhnya kepada pengunjung yang dahagakan pengurusan berteraskan Islam.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, hotel berkenaan bakal menawarkan suasana yang lebih baik kepada pengunjung Islam dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

“Kita sedang berusaha ke arah itu dengan menyediakan konsep Dapur Halal di restoran-restoran. Malah, kriteria hotel Islam ini amat berlainan dengan hotel yang ada.

 

“Antaranya, kita menitik beratkan suasana yang lebih tenang dengan alunan muzik ringan seperti ghazal, nasyid dan juga bacaan Al-Quran dengan nada perlahan apabila hampir waktu solat.

“Selain itu, cara pemakaian pekerja juga lebih sopan malah, pada malam Jumaat, pengunjung berpeluang solat berjemaah sambil menghayati tazkirah yang disampaikan,” katanya selepas Majlis Penyampaian Watikah dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB -BRI) di Hotel Grand River View, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad memberitahu MPKB akan menyemak dan meneliti kawasan yang mampu dibangunkan untuk tujuan berkenaan.

“Tidak dinafikan, di negeri ini, sudah ada hotel yang mengamalkan pengurusan secara Islamik, namun bukan sepenuhnya,” katanya lagi.

Selain itu, Ahmad juga turut melahirkan cita-cita kerajaan sejak dahulu lagi dalam menjadikan negeri ini sebagai negeri pengeluar dan pengurusan perniagaan emas.

“Kerajaan bakal mengenal pasti bangunan yang sesuai untuk dijadikan pusat perniagaan emas kerana sehingga kini, tidak kira di dalam mahupun di luar negeri, Kelantan masih menjadi pilihan wanita dalam mendapatkan emas.

“Sehingga kini, lebih daripada 50 premis di negeri ini yang terlibat dalam urusan jual beli emas,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Ahmad juga berharap agar semua pihak terutamanya MPKB dapat bekerjasama dalam menjadikan Tahun Melawat Kelantan mampu menarik pelancong sebagai lokasi yang perlu dikunjungi.-SINAR HARIAN 18 JANUARI 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TPPA: Perjanjian Bebas Yang Mengikat

TPPA adalah sebuah perjanjian perdagangan bebas (FTA), iaitu perjanjian antara dua negara atau lebih, di mana negara-negara ahli kepada perjanjian memberikan layanan yang lebih baik sesama sendiri berbanding dengan negara bukan ahli. TPPA melibatkan 12 buah negara di rantau Lautan Pasifik, iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, […]

Subscribe US Now