Hotel Terima RM500 Dari Kerajaan Negeri Untuk Disinfeksi

webmaster

KOTA BHARU – Demi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pelancong untuk melancong ke Kelantan dan menginap di hotel selepas ancaman wabak Covid-19, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan kepada 17 buah hotel dan 38 hotel bajet bagi menjayakan program nyah kuman atau disinfeksi di premis penginapan pelancongan bagi tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato’ Md. Anizam Ab. Rahman ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Program Disinfeksi Di Premis Penginapan Pelancongan Bagi Tahun 2020 di Hotel Perdana hari ini menjelaskan peruntukan sebanyak RM500 serta sijil diberi kepada setiap hotel.

“Program ini dilancarkan adalah bagi memastikan premis penginapan pelancongan sentiasa disinfeksi dan terjamin kebersihannya untuk keselamatan dan keselesaan para pelancong,” katanya.

Berhubung perkara yang sama katanya, bagi menggalakkan dan mempertingkatkan kemasukan pelancong domestik ke negeri ini yang sebelum ini telah menyumbang sebanyak 93 peratus kemasukan pelancong maka inisiatif turut diberikan berupa baucer kepada hotel-hotel bernilai RM30 untuk 100 orang  pengunjung terawal bermula Ogos ini.

Program anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Negeri (TIC) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Tourism Malaysia, Persatuan Hotel Malaysia Cawangan Kelantan (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Negeri Kelantan (MyBHA) turut dihadiri oleh pengusaha-pengusaha hotel di Kelantan.

Program disinfeksi dilaksanakan oleh anggota Vektor Kesihatan Awam MPKB-BRI dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan yang mana dalam majlis yang sama YB Exco turut melakukan disinfeksi sebagai simbolik.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PONDOK MODEN, PUSAT PELANCONGAN IBADAH

oleh Norzana Razaly BACHOK – Kerajaan Negeri Kelantan giat memperkasa semula agenda pelancongan domestik khususnya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak pandemik Covid-I9. Sehubungan itu, ketua keluarga disarankan membawa anak-anak mengenali kaedah pembelajaran alternatif dengan berkunjung ke pusat pelancongan ibadah di Pondok Moden, Kandis yang mesra pertanian. Pusat […]

Subscribe US Now