HSK 2019: Delegasi luar tiba di Kelantan

KOTA BHARU: Seramai 33 orang delegasi luar negara yang bakal menyertai Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2019 telah tiba di Kelantan.

Mereka tiba di negeri Kelantan sejak kelmarin bermula dengan peserta dari Cameroon.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Media, Korporat dan Penerbitan HSK 2019, Khairiah Mohamed, berkata jumlahnya semakin bertambah sejak semalam.

Beliau memberitahu antaranya peserta dari Uganda, Togo, Nigeria, Somalia, Indonesia, Pakistan.

“Turut serta peserta dari Thailand, Malawi, Sudan, Ivory Coast, Iraq dan Palestin,” ujarnya ketika ditemui, semalam.

Beliau memberitahu, program itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah .

Selain pelancaran Gagasan Wanita Kelantan katanya, wakil delegasi luar negara juga akan membentang kertas-kertas kerja pada persidangan tersebut.

“Program itu akan diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu di bawah kendalian Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita,” katanya.

Manakala dalam perkembangan berkaitan pihak menganjur mengadakan pencarian tokoh dan ikon wanita Kelantan 2019. – HARAKAHDAILY 24/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11658-hsk-2019-delegasi-luar-tiba-di-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment