Hudud: Pas tunggu perkenan Majlis Raja-Raja

webmaster

KOTA BHARU – Pas masih menunggu perkenan daripada Majlis Raja-Raja sebelum membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Parlimen bagi memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jawatankuasa teknikal bersama negeri dan Persekutuan berhubung pindaan terhadap akta itu masih belum menerima persetujuan daripada Sultan-sultan di beberapa negeri.

“Secara umumnya segala pindaan yang dibuat yang melibatkan Mahkamah Syariah dan undang-undang Islam ini kena dapat perkenan daripada Majlis Raja-Raja.

“Jadi sekarang ini beberapa (Sultan) negeri belum memberi perkenan pada usaha ini menyebabkan ia tertangguh dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10 di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Amar dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menerima kunjungan hormat Kaunselor Kedutaan Arab Saudi Abdul Rahman al-Harfi.

Mac tahun lepas, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri ini. – Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tomato Lojing terbaik di Malaysia

LOJING: Jangan terkejut apabila diberitahu tomato yang dikeluarkan di tanah tinggi Lojing antara yang terbaik di Malaysia. Malah tomato Lojing turut dipasarkan ke Singapura dan Dubai serta memenuhi pasar raya di seluruh negara. Apa keistimewaan Lojing sehingga mampu menghasilkan tomato bermutu tinggi dengan saiz lebih besar berbanding dikeluar di Cameron […]

Subscribe US Now