Hujan lebat punca bah besar Kelantan, bukan pembalakan

webmaster


KUALA KRAI: Persidangan Kajian Bencana Banjir 2014 yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini merumuskan faktor hujan lebat luar biasa punca utama bah besar di Kelantan akhir 2014.

Persidangan yang berlangsung tiga hari itu membentangkan hasil kajian ahli akademik dari seluruh universiti utama tempatan.

Ia dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi dan Centre For Environmental Sustainability & Water Security (IPASA) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerajaan memperuntukkan geran kajian sebanyak RM20 juta pasca Bah Kuning yang membabitkan hampir 1,000 penyelidik.

Penyelidik terbabit menghasilkan 231 kajian, 149 pembentangan lisan, 77 poster pameran dan lima produk.
imagePengerusi Kelab Cakna Kuala Krai Nazman Che Iberahim (Gambar kiri)berkata, rakyat Kelantan melahirkan rasa lega dan teruja dengan fakta sebenar yang dibentang pada persidangan tersebut.

“Saya bersama seorang lagi wakil Kelantan menghadiri persidangan tersebut,” katanya di sini.

Sebelum ini ada pihak mendakwa faktor pembalakan dan pembukaan tanah di kawasan hulu punca berlaku bah besar di Kelantan pada akhir Disember 2014.

Nazman berkata pasukan penyelidik menyebut banjir besar 2014 disebabkan taburan hujan yang amat tinggi pada waktu tersebut.

Katanya, hujan lebat di Gunung Gagau menjadi penyumbang utama berlaku bah besar 2014.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Harga sayur lebih terjamin berbanding getah

MACHANG: Harga sayur-sayuran di pasaran sekarang lebih terjamin berbanding harga komoditi getah yang menghadapi kejatuhan teruk sekarang. Oleh itu Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berharap golongan belia tempatan memulihkan tanah-tanah terbiar dengan tanaman sayur-sayuran memandangkan harganya lebih terjamin. “Harga buah rock melon di pasaran kini melonjak RM5 sekilogram dan […]

Subscribe US Now