Hukum sambutan Hari Ibu

tech 1

ISU:

Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:

Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.

Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.

Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.

Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).

Wallahu a’lam.

Sumber: e-fatwa.gov.my

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

One thought on “Hukum sambutan Hari Ibu

  1. Islamkan perayaan hari ibu ini,
    Walaupun mungkin asalnya diadakan sempena memperingati sesaorang dari budaya yang bukan islam, tetapi tak salah kalau kita manafatkan dan sesuaikan untuk supaya anak2 kita memperingatinya.
    Ini adalah kerana mungkin ada dikalangan kita dan anak2 kita yang terlupa bahawa ibu telah terlalu banyak berjasa kepada kita dan anak2 kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tujuh beranak dapat rumah Dhuafat

PASIR MAS – Masalah yang dihadapi Mohd Norhisyam Aziz, 35, dan keluarganya mendapat perhatian daripada Adun Pengkalan Pasir, Datuk Hanifa Ahmad apabila menerima sebuah rumah Dhuafat. Rumah tersebut siap dibina dua bulan lalu di Kampung Banggol Kemiang dan menunggu masa untuk diduduki kerana pada awalnya terdapat masalah bekalan elektrik yang […]

Subscribe US Now