Hukuman pesalah syariah di masjid

KOTA BHARU: Hasrat rakyat Kelantan untuk menyaksikan pelaksanaan sistem perundangan Islam di tempat awam akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah diwartakan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peraturan itu sudah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 2017 kini sedang dalam proses untuk diwartakan.

Menurutnya, beberapa lokasi tumpuan telah dicadangkan bagi melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai antaranya ialah dewan tertutup, masjid serta di kawasan stadium.

“Baru ini kita pinda enakmen ini dalam Dun pada 2017 tetapi sehingga kini masih dalam perhatian untuk diwartakan sahaja, ia sudah diluluskan dalam Dun.

“Apabila ia diwartakan kelak, ini akan membolehkan kita melaksanakan hukuman merotan di khalayak ramai itu sahaja,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah di sini pagi tadi. – HARAKAHDAILY 5/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8008-hukuman-pesalah-syariah-di-masjid

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
43Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment