Hukuman pesalah syariah di masjid

webmaster

KOTA BHARU: Hasrat rakyat Kelantan untuk menyaksikan pelaksanaan sistem perundangan Islam di tempat awam akan direalisasikan tidak lama lagi apabila Enakmen Tatacara Jenayah Syariah diwartakan.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peraturan itu sudah diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 2017 kini sedang dalam proses untuk diwartakan.

Menurutnya, beberapa lokasi tumpuan telah dicadangkan bagi melaksanakan hukuman sebat di khalayak ramai antaranya ialah dewan tertutup, masjid serta di kawasan stadium.

“Baru ini kita pinda enakmen ini dalam Dun pada 2017 tetapi sehingga kini masih dalam perhatian untuk diwartakan sahaja, ia sudah diluluskan dalam Dun.

“Apabila ia diwartakan kelak, ini akan membolehkan kita melaksanakan hukuman merotan di khalayak ramai itu sahaja,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah di sini pagi tadi. – HARAKAHDAILY 5/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8008-hukuman-pesalah-syariah-di-masjid

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan miskin: Dakwaan Tun M disangkal

KUALA LUMPUR: Kelantan yang berada di bawah pemerintahan PAS seringkali diberi layanan dan gambaran buruk oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baik semasa beliau mengetuai BN, mahupun kini PH. Terbaharu, dakwaan Tun M bahawa Kelantan negeri yang miskin dan tidak mampu mentadbir tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan, bagaimanapun disangkal Ahli […]

Subscribe US Now