Ibadat korban diniagakan hingga jadi beban

PENINGKATAN harga haiwan korban menjelang Aidiladha ini dianggap mengabaikan prinsip muamalah dalam Islam sehingga memperlihatkan ada pihak mahu mengaut keuntungan.

Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, berdasar kepada peningkatan harga lembu korban sekarang menyebabkan penduduk miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menjalani ibadat korban.

Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran ibadat korban menjadi perniagaan di mana ada pihak mahu mengejar keuntungan dan bukannya keberkatan.

“Sekarang ada penternak lembu dan kambing menawarkan harga mencecah RM800 hingga RM1000 satu bahagian.

“Sedangkan lima tahun lepas kos bagi satu bahagian korban lembu hanya RM300 ke RM500 sahaja,” katanya yang juga seorang pensyarah. – HARAKAHDAILY 24/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook49Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment