Ibadat korban diniagakan hingga jadi beban

webmaster

PENINGKATAN harga haiwan korban menjelang Aidiladha ini dianggap mengabaikan prinsip muamalah dalam Islam sehingga memperlihatkan ada pihak mahu mengaut keuntungan.

Yang Dipertua Kasih Anak Yatim Malaysia (KAYMA), Dr Zulkeflee Yaacob berkata, berdasar kepada peningkatan harga lembu korban sekarang menyebabkan penduduk miskin dan berpendapatan rendah tidak mampu menjalani ibadat korban.

Katanya, ia seolah-olah memberi gambaran ibadat korban menjadi perniagaan di mana ada pihak mahu mengejar keuntungan dan bukannya keberkatan.

“Sekarang ada penternak lembu dan kambing menawarkan harga mencecah RM800 hingga RM1000 satu bahagian.

“Sedangkan lima tahun lepas kos bagi satu bahagian korban lembu hanya RM300 ke RM500 sahaja,” katanya yang juga seorang pensyarah. – HARAKAHDAILY 24/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Usahawan Kelantan digesa ceburi niaga online

GOLONGAN usahawan Kelantan dinasihatkan mengambil peluang kemajuan teknologi untuk ceburi bidang perniagaan. Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, berkata zaman langit terbuka perniagaan ‘online’ adalah antara ruang mencari rezeki. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Exco Gu Kelate 2017 peringat Parlimen Rantau Panjang, di sini semalam. Pameran Gerakan […]

Subscribe US Now