ICERD: Kelantan cuti peristiwa 9 Dis

SEMPENA dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8983-icerd-kelantan-cuti-peristiwa-9-dis

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment