ICERD: Kelantan cuti peristiwa 9 Dis

webmaster

SEMPENA dengan Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember 2018 (Sabtu), saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menghadiri himpunan tersebut bagi menzahirkan kecintaan kepada negara Malaysia dengan mesej yang jelas supaya keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dijaga dan dipelihara.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengisytiharkan cuti peristiwa untuk Negeri Kelantan pada 9 Disember 2018 (Ahad) bagi memberi ruang kepada rakyat Kelantan menguruskan perjalanan dengan lancar dan selamat ketika menghadiri himpunan tersebut. Berhati-hati di jalan raya dan jagalah keselamatan diri dan keluarga.

InsyaAllah, kita akan berhimpun secara aman dan berakhlak mulia tanpa sebarang bentuk provokasi serta mengikut segala panduan dan arahan pihak berkuasa.

YAB USTAZ DATO’ HAJI AHMAD BIN YAKOB
(Dato’ Bentara Kanan)
Menteri Besar Kelantan
27 Rabiul Awal 1440H/5 Disember 2018 – HARAKAHDAILY 5/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/8983-icerd-kelantan-cuti-peristiwa-9-dis

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lapangan terbang Sultan Ismail Petra kedua sibuk

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary meminta penjelasan kerajaan apakah Lapangan Terbang Pengkalan Chepa berpotensi dijadikan Bandaraya Aeropolis pada masa hadapan. Beliau mengemukakan soalan itu semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Dato’ Kamarudin Jaffar berkata, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra […]

Subscribe US Now