Idea dalam 6 perkara diperlukan demi pembangunan KB

webmaster

KOTA BHARU: Ekoran pembangunan agak pesat di Kota Bharu sekarang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengalu-alukan sebarang cadangan masyarakat tempatan.

Idea tersebut berkisar enam perkara iaitu pembangunan fizikal, lalulintas, rekreasi, rekabentuk bandar, sistem saliran dan peparitan serta pelancongan.

Justeru, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Zamri Ismail berkata, satu rancangan baru perlu dilakukan bagi memenuhi hasrat itu.

Menurutnya, pembangunan khususnya di Lembah Sireh, Kubang Kerian, Bandar Baru Tunjung dan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh perlu diteliti semula.

“Apabila perancangan semakin pesat maka berlaku banyak perubahan berlaku dalam bandar Kota Bharu yang terpaksa dibincangkan semula.

“Walaupun perancangan asalnya tamat pada tahun 2020, jadi kita telah membuat kajian awal supaya sesuai dengan perkembangan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan ‘town hall’ rancangan tempatan (pengantian) 2035 di Dewan Jubli Perak disini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa Zon Timur, Nawi Pa’tik dan semua Ahli Majlis MPKB-BRI sert wakil kerajaan negeri.

Semua idea serta cadangan boleh diajukan kepada Jabatan Perancangan Bandar MPKB-BRI melalui borang yang disediakan di kaunter agensi tersebut.

Ia bermula pada hari ini dan akan berlangsung sehingga 17 November depan bagi membolehkan MPKB-BRI mendapat data yang sewajarnya bagi rancangan itu. – HARAKAHDAILY 23/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bakal terima 60 juta hasil lombong emas

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menerima bayaran kedua dari Syarikat CNMC Goldmine Holdings Limited sebanyak RM 8,524,127.62 semalam. Sumbangan berkenaan diserahkan Pengerusi Eksekutifnya, Professor Lin Xiang Xiong kepada Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di Kota Darulnaim. Bayaran pertama telah dibuat pada 19 September lalu berjumlah RM 2,660,000.00. Bayaran berkenaan sebagai […]

Subscribe US Now