Idea masjid ‘merpati’ di Kota Bharu ada di Makkah

webmaster

serambi1

MAKKAH: Idea arwah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mewujudkan masjid “merpati” di Kota Bharu rupa-rupanya banyak terdapat di sini.

Kita boleh temui banyak masjid kecil di lokasi berdekatan. Jaraknya tidak sampai 100 meter antara satu sama lain.

Di Daerah al-Misfalah terdapat empat masjid di kawasan berdekatan termasuk Masjid An-Nur dan masjid Pakistan.

TGNAblackIdea tersebut pernah diimpikan Tok Guru untuk wujud banyak masjid kecil di pusat bandar Kota Bharu.

Hasrat itu kini menghampiri kenyataan apabila sehingga kini wujud banyak masjid di bandar Kota Bharu.
serambi2
Antaranya surau di Dewan Zulkifli Muhamad di Pejabat PAS Kelantan, surau Bazar Tuan Padang, Masjid Jami’, Masjid Baroah Pasar Siti Khatijah dan Masjid Muhammadi.

Selain itu penggunaan pembesar suara di tengah bandar Kota Bharu juga hampir serupa dengan corong pembesar suara di Masjidilharam.

Pembesar suara dipasang di segenap laluan menghala ke Masjid al Haram yang memperdengarkan bacaan al-Quran ketika solat dan luar waktu solat.

Konsep tersebut menepati ciri-ciri  Kelantan sebagai Serambi Makkah. –HARAKAHDAILY 5/9/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Cemar nama baik Tok Guru

RANTAU PANJANG – Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggunakan nama bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya berlaku, lebih-lebih lagi setelah pemergiannya. Sehubungan itu, Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas mencadangkan agar ahli keluarga Allahyarham mengambil tindakan undang-undang terhadap Husam […]

Subscribe US Now