IFTAR JAMAIE BUKA PELUANG RAKYAT DIAKRABI PEMIMPIN

JELI – Slot Iftar Jamaie yang mengisi Program Ihya Ramadan membuka peluang rakyat diakrabi pemimpin secara langsung.

Program anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) itu bermula dengan sesi tadarus al-Quran di Surau Pak Mat, Kampung Chegar Bedil diketuai YB Senator Mohd Apandi Mohamad.

Seterusnya, agenda disusuli iftar jamaie, solat Maghrib dan Isyak serta tarawih berimamkannya di Masjid Sungai Long.

Program berakhir dengan Pesta Make Colek bersama anak muda di Kedai Pak Long Hassan tepi Sungai Dendong, Batu Melintang, semalam.

YB Mohd Apandi berkata program bersama rakyat anjuran UPKN amat bermanfaat kepada kedua-dua pihak iaitu rakyat dan pemimpin.

“Program ini mengakrabkan lagi rakyat dengan pemimpin. Kita bagaikan adik beradik dan saudara mara.

Hari ini amat bermakna kerana kita dapat bertadarus, beribadah dan makan Colek bersama anak muda. Pilihan “port ccolek” (kedai Pak Long Hassan) kena dengan citarasa, tempat lawa, colek sedap menambah suasana meriah,” katanya.

Beliau berharap semua peserta program pulang dengan senang hati selepas seharian menghidupkan 3 Ramadan dengan beribadah bersama-sama.

Beliau merakamkan tahniah kepada UPKN yang mengatur program sangat teratur sesuai dengan kepadatan jadualnya untuk kembali ke Dewan Negara membawa aspirasi rakyat Jeli, keesokan hari.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 40 times, 5 visits today)

Add Comment