Iftar Perdana JAM Kelantan erat silaturahim

webmaster

MACHANG: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Iftar Perdana yang dilangsungkan di Markaz Dewan Ulamak (MADU), di sini kelmarin.

Program tersebut telah disertai pimpinan dan anggota Amal dari seluruh negeri ini yang dihadiri lebih 150 ahlinya.

Majlis berbuka puasa itu turut diserikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan yang berkongsi kisah-kisah perjuangan mengisi ruhiyah hadirin.

Sementara itu, Pengarah JAM Kelantan, Nik Asmawie Nik Abdullah dalam ucapannya menyampaikan mesej kesatuan dan kekeluargaan besar para anggota uniform seragam itu.

Hadir sama merai dan memeriahkan majlis itu adalah Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari. –HARAKAHDAILY 30/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tafakkur dan Tafaqquh Juz 13

PADA hari ini, tafakkur 13 Ramadan memfokuskan ayat berkenaan kejadian kilat dan petir di langit. Pada hakikatnya, semua itu di bawah kekuasaan Allah untuk membuktikan seluruh makhluk-Nya di langit dan bumi sentiasa bertasbih serta memuji kebesaran-Nya. Firman Allah S.W.T: وَيُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ وَيُرْسِلُ الصَّوَاعِقَ فَيُصِيبُ بِهَا مَنْ يَشَاءُ […]

Subscribe US Now