Ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15

KUALA LUMPUR: Berikut adalah ikrar Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, Beta Sultan Muhammad kelima bersyukur ke hadrat Allah Subahanahu Wata’ala kerana dengan izin-Nya Beta telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Dengan ini, Beta akan menjalankan seadil-adilnya pemerintahan bagi Malaysia mengikut undang-undang dan Perlembagaan Negara, serta memelihara dengan sempurna setiap masa, agama Islam dan berdiri teguh di atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negara.” – BERNAMA
Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment