Imam terima sumbangan raya kerajaan negeri

webmaster

PERANAN imam sebagai pimpinan masyarakat di peringkat mukim tidak pernah dilupakan kerajaan negeri.

Bukan sekadar mengetuai solat fardhu, sebaliknya mereka juga sebagai pimpinan yang menjadi tempat rujukan masyarakat.

Mengambil kira peranan yang begitu besar tersebut kerajaan negeri turut memberi sumbangan raya kepada mereka menjelang sanbutan Aidilfitri.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob di Dewan Jubli Perak MPKB BRI semalam.

Sebelum itu tazkirah disampaikan anggota Exco kerajaan negeri Datuk Nassuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta.

Turut hadir Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, Adun, anggota Dewan Rakyat, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Azlan Abdul Hadi dan Timbalan Mufti Datuk Nik Abdul Kadir Mohamad.

Baru-baru ini guru-guru pondok dan pegawai Halaqat, guru al-Quran serta fardu ain turut menerima sumbangan daripada kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 23/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1438H YAB USTAZ DATO' BENTARA KANAN MENTERI BESAR KELANTAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Marilah kita merafa’kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dikesempatan berada dipenghujung Ramadhan ini, kita masih dikurniakan nikmat kehidupan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Sayangilah bulan Ramadhan yang semakin hampir meninggalkan kita. Ramadhan telah mendidik kita sehingga mencintai Al-Quran, berusaha untuk solat terawih juga qiamullail […]

Subscribe US Now