IMBASAN PROGRAM TADARUS AL-QURAN SINERGI UPKN, PERAKAN

webmaster

oleh Norzana Razaly

Saban tahun, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) merangka pelbagai program menarik sepanjang masa mengikut kesesuaian ketika bersifat wacana intelektual, ramah mesra pimpinan bersama rakyat dan acara kerohanian seperti Majlis Ihya’ Ramadan.

Lazimnya pengisian Majlis Ihya’ Ramadan diserikan dengan tazkirah oleh pimpinan atau wakil Kerajaan Negeri Kelantan diikuti acara berbuka puasa yang diadakan setiap tahun di cawangan Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) seluruh Malaysia.

Namun kali ini, Ramadan 1441H berbeza sekali rentetan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan program tersebut terpaksa diberikan alternatif.

Interaksi digital

Selari dengan kepesatan teknologi, secara kreatif pihak UPKN dan Perakan berinovasi menyediakan program interaksi berplatform digital melibatkan pimpinan dan rakyat dengan penganjuran empat siri “Majlis Tadarus Al-Quran Online” sepanjang Ramadan lalu menerusi aplikasi Google Meet.

Menariknya berdasarkan statistik, program tadarus dan tadabur Al-Quran di bulan Ramadan melibatkan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan melonjakkan jumlah “engagement” daripada audien mencecah 131 ribu tontonan untuk satu video.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Hubungan Seranta UPKN, Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, pihaknya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perakan dan pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan yang sudi meluangkan masa mengupas intisari sepuluh ayat tadarus pilihan Kerajaan Negeri Kelantan berdasarkan teks Surah Al-Mukminun ayat 51 hingga 61 terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK).

Pertengahan Ramadan

Beliau mengulas lanjut, siri pertama tadarus dijadualkan bermula pada pertengahan Ramadan, 16 Ramadan bersamaan Sabtu, 9 Mei 2020 merangkumi sesi pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dr. Yusnan Yusof bersama Ahli jawatan Kuasa Perakan induk.

“Siri kedua melibatkan Perakan zon utara bersiaran pada Jumaat, 22 Ramadan, disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Ustaz Ilias Ahmad manakala siri ketiga bagi peringkat negeri Perak berlangsung pada Isnin, 25 Ramadan pimpinan Ahli Parlimen Pasir Mas, YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.

“Sementara siri keempat dan penutup pula berlangsung pada Khamis, 29 Ramadan lalu disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Abdullah Yaakub” akhirinya melalui wawancara Whatsapp.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

RATING KELANTAN TV MELONJAK SEPANJANG PKP

oleh Norzana Razaly dan Nur Atikah Hanis Musa Seiring kepesatan teknologi maklumat, media digital menjadi sohor kini (trending) sebagai mekanisme penyebaran informasi kepada masyarakat secara pantas dan menarik yang boleh dicapai dalam skala saat melalui gajet dengan internet berkelajuan tinggi. Kadar kepopularan rancangan siaran media digital berdasarkan jumlah tontonan dan […]

Subscribe US Now