IMEJ PELANCONGAN KELANTAN PADA BAS E-MUTIARA

oleh Norzana Razaly

Promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Kelantan 2020 bersama rakan-rakan strategik TMK2020 terus dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).

Majlis pelancaran kempen ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri YB Mejar Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman bersama Tuan Haji Che Ibrahim Che Ismail, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad.

Syarikat pengangkutan penumpang terulung Kelantan, Konsortium E-Mutiara bersinergi mempamerkan imej pelancongan Kelantan pada badan sebuah Bas Ekspress Mutiara dan menjadikan pemandu-pemandu bas dan agen-agen tiket seramai lebih 300 orang di bawah Konsortium E-Mutiara sebagai Duta Kecil Pelancongan Kelantan dengan mengedarkan risalah pelancongan di setiap kaunter tiket bas ke seluruh destinasi.

YB Mejar Dato’ Md Anizam berkata, Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Konsortium E-Mutiara dan semua Rakan Strategik TMK2020 di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan TMK2020.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kuliah agama yang disampaikan oleh da’ei selebriti, YBhg. Dato’ Dr. Zahazan Mohamed.- UPKN KELANTAN 5/2/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2593697377531280

(Visited 30 times, 1 visits today)

Add Comment