Industri sensor automotif lebih relevan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berharap kerajaan PH menggantikan projek kereta Nasional ketiga kepada projek yang lebih relevan.

Katanya, ini kerana Malaysia sudah ketinggalan untuk memulakan pembinaan kereta nasional ketiga.

Beliau bercadang supaya industri semi konduktor automotif diberi perhatian kerajaan.

Menurutnya, kerajaan mempunyai ruang yang lebih besar dalam menyediakan alatan kemudahan dalam industri teknologi maklumat.

“Syarikat Silterra boleh menumpukan kepada industri automotif dalam semi konduktor bagi sudut pembinaan teknologi dan penghasilan cip-cip dan sensor automotif yang bakal digunakan dalam setiap kereta pada abad akan datang,” katanya.

Tambah beliau, industri semi konduktor ini dianggap sebagai ‘The Next Black Gold’ di Barat.

Sehubungan itu beliau minta kerajaan menumpukan perhatian dalam bidang tersebut bagi menghadapi persaingan di masa akan datang.- HARAKAHDAILY 12/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8682-industri-sensor-automotif-lebih-relevan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment