‘Ini menteri tidak berani, tidak jantan’

webmaster

KUALA LUMPUR: Anggota parlimen pembangkang keluar beramai-ramai daripada sidang Dewan Rakyat kerana membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua, Mohd Rashid Hasnon menghalau Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ustaz Ahmad Marzuk Shaary.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen selepas itu, Marzuk berkata beliau bangkit untuk menjelaskan bukti kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mencabar untuk beliau mengemukakan bukti.

Beliau mempertikai kaedah tender terbuka yang akhir-akhir ini berlaku perubahan yang sangat ketara.

“Kaedah tender yang sebelum daripada ini ada perbezaan antara kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera. Tetapi semenjak akhir-akhir ini berlaku perubahan sangat ketara tender secara terbuka yang dibuka kepada bumi dan non-bumi.

“Sebagai contoh tender sebelum ini adalah hanya untuk bumiputera tiba tiba dibuka kepada bukan bumiputera,” katanya.

Katanya, apabila perkara itu berlaku menyebabkan kontraktor bumiputera terpaksa bersaing dengan ‘taiko’ kontraktor yang memonopoli bahan binaan.

“Apabila tender terbuka, mereka (bukan bumiputera) boleh menyertai tender ini maka mempunyai peluang cerah dan boleh menawarkan harga yang lebih murah sebab mereka memonopoli harga bahan binaan.

“Ini sangat tidak adil kepada kontraktor bumiputera,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Guan Eng yang tidak ‘jantan’ apabila secara semberono dan simplistik menafikan perkara itu.

“Bila mahu kemukakan bukti, tiba-tiba tidak beri peluang kepada saya, malah minta supaya saya serah kepada beliau (Guan Eng) secara bertulis, sedangkan sidang Dewan Rakyat ditonton oleh seluruh dunia, tetapi saya dinafikan untuk mengemukakan bukti.

“Ini menteri tidak berani, tidak jantan,” tegasnya.

Tambahnya, sikap Guan Eng itu seolah-olah cuba mengalihkan perhatian dewan dengan mengatakan beliau tidak bercakap benar dan memfitnah.

Ahmad Marzuk digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama dua hari. – HARAKAHDAILY 2/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10470-ini-menteri-tidak-berani-tidak-jantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tender: Kontraktor bumiputera resah

KUALA LUMPUR: Timbul keresahan dalam kalangan kontraktor bumiputera apabila terdapat isu perubahan secara agresif mengenai status kelayakan tender untuk kontraktor bumiputera. Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary berkata, perubahan tersebut berlaku tanpa notis atau pekeliling daripada kementerian yang bertanggungjawab. “Saya ingin tarik perhatian terhadap dakwaan perubahan ketara dalam sistem perolehan […]

Subscribe US Now